RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PEMULIHAN

Nama Guru                 : Siti Zainab bt.Pg.Ahmad Bi
Sekolah                       : SK. Rosok, Kota Belud, Sabah.
Kelas                           : Pemulihan.
Jum.Murid                   : 5(3lelaki,2 perempuan)
Tarikh                         :  17.10.2011                           Hari: Isnin                               Masa: 7.50 -8.50 (1 jam)
Mata Pelajaran            :  BM Pemulihan
Kemahiran                   : 7 (Perkataan kvkvkv)

KUMPULAN
GEMILANG (PANDAI)
CEMERLANG (LEMAH)

Nama Murid
1.      Vazilah Armiya Japiden
2.      Rahil Chechi


1.      Mohd.Aznan Majuntin
2.      Rasile Francis
3.      Christepin Lajium

Tajuk
“Keretapiku”

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir p&p murid dapat:-
1. Membaca ayat pendek dengan lancar

2. Menulis perkataan kvkvkv berpandukan gambar
1. Membunyikan perkataan kvkv dengan betul

Pengetahuan Sedia Ada

1. Kenal abjad kecil dan besar

2. Boleh membaca perkataan kvkv dan ayat pendek menggandungi perkataan kvkv

1.Kenal beberapa abjad kecil dan besar

2.Boleh mengeja dan membunyikan suku kata kv dan beberapa perkataan kvkv

Bahan Bantu Belajar
1.  Komputer riba dan LCD (lagu ‘Bapaku  pulang’)

2. Kad bergambar                                                   3. Kad perkataan kvkvkv/kvkv

4.Sampul surat berwarna hijau dan oren                 5.Lembaran kerja

Penerapan Nilai
1. Kerjasama                           2. Kasih sayang                     3.Keberanian  

Kemahiran Berfikir
1. Membanding dan membeza        2.Menyusun atur             3.Mencirikan

Set Induksi
(±5 minit)
- Guru menunjukkan gambar keretapi dan murid bercerita tentang pengalaman mereka atau apa yang mereka tahu tentang keretapi. Guru bertanya tentang warna, ukuran keretapi (panjang/pendek), bilangan roda keretapi.

Langkah 1:
Pengenalan
(±10 minit)
-Guru memaparkan slide power point mengandungi gambar dan perkataan yang menggandungi perkataan kvkvkv membimbing murid mengeja dan membunyikan perkataan kvkvkv. Contoh kereta, pelita, kemere, tomato dan keladi.

Langkah 2:
Aktiviti kumpulan/individu
(±30 minit)

- Guru mengadakan permainan ‘Keretapiku’’ secara serentak bagi kedua-dua kumpulan. Bagaimanapun, kemahiran yang ditekankan dalam permainan ini adalah berbeza mengikut tahap pencapaian kumpulan. Kumpulan Gemilang kemahiran 6 (perkataan kvkv) dan Kumpulan Cemerlang kemahiran 5 (perkataan kvkvkv)

-Guru memaklumkan peraturan permainan sebelum memulakan permainan iaitu murid berbaris dalam kumpulan seperti sebuah keretapi dan hendaklah membunyikan bunyi seperti keretapi sedang bergerak.

-Guru akan mengarahkan kumpulan bergilir-gilir ke stesen A dan B. Di stesen masing-masing, setiap kumplan hendaklah mengambil sepucuk sampul bernombor mengikut warna yang telah ditetapkan (hijau-kump.Gemilang dan oren-kump.Cemerlang). Setiap jawapan yang betul akan diberi 2 markah.

-Kemudian murid duduk dalam kumpulan dan guru mengarahkan kedua-dua kumpulan membuka sampul nombor 1 dan memulakan permainan iaitu pertandingan membaca.

-Apabila tamat pertandingan membaca, permainan diteruskan dengan bergerak ke stesen seterusnya dan mengambil sampul nombor 2. Arahannya, murid hendaklah menulis perkataan berpandukan gambar di papan tulis.

-Di akhir aktiviti ini, guru akan memberikan ‘1 bintang’ kepada setiap ahli kumpulan yang berjaya mengutip markah tertinggi.

Langkah 3:
Aktiviti kumpulan/individu
(±10 minit)

- Guru memberi lembaran kerja iaitu memadankan perkataan kvkvkv dengan gambar.
- Murid dibimbing membunyikan perkataan kvkv dan melaksanakan tugasan iaitu mewarna perkataan sesuai bagi gambar
Penutup
(5 minit)
-Guru bersama-sama murid menyanyikan lagu ‘Bapaku Pulang’ dan memaparkan slide lirik lagu yang mengandungi kemahiran yang baru dipelajari.



Refleksi:

1)      Murid boleh bercerita tentang keretapi dan ada yang berkongsi pengalaman menaiki keretapi. Murid-murid mempunyai keyakinan diri bercerita di hadapan rakan-rakan dan boleh menghubung kait pengetahuan sedia adaq dengan pembelajaran pada hari ini.
2)      Murid seronok dengan permainan ‘Keretapiku’. Daripada aktiviti yang dijalankan,murid kumpulan Cemerlang menunjukkan keboleh membaca dan menulis yang sangat baik. Murid boleh membaca perkataan-perkataan yang tercatat dalam sampul surat seperti kereta, tomato, pelita, keladi, perahu dengan tepat. Murid juga boleh menulis perkataan berdasarkan gambar dengan betul. Manakala, kumpulan Gemilang juga menunjukkan peningkatan dalam kemahiran membaca/mengeja tetapi lemah sedikit dalam kemahiran menulis. Perkara ini mungkin disebabkabkan ada murid yang membunyikan suku kata akhiran terlebih dahulu menyebabkan perkataan yang hendak ditulis tidak betul.
3)      Kedua-dua kumpulan dapat melengkapkan lembaran kerja yang diberi dengan betul.
4)      Guru akan meneruskan latih tubi membaca dan menulis bagi kumpulan Gemilang manakala bagi kumpulan Cemerlang, aktiviti pengayaan akan ditambah dalam pp seterusnya.






Gambar keretapi.